"Rogol" antara golongan binatang Rogol

Sebahagian binatang nampaknya berkelakuan seakan-akan rogol manusia, terutamanya penggabungaan persetubuhan dengan serangan yang ganas, seperti yang terlihat di golongan itik dan angsa.

Sungguh payah hendak menentukan sejauh mananya, gagasan rogol boleh digunakan pada persetubuhan binatang, disebabkan kriteria untuk menentukan rogol di kalangan manusia ialah ketiadaannya keizinan yang berpengetahuan, yang mana ia sukar ditentukan di golongan binatang.

Walau bagaimanapun, adalah nyata bahawa kekadangnya, seekor binatang akan mendekati binatang yang lain untuk menembusinya, yang mana jelas juga bahawa binatang yang lain itu tidak ingin dan melarikan diri. Ini telah menyebabkan sebahagian orang yang berpendapat bahawa penembusan paksaan di kalangan binatang adalah kelakuan yang "semulajadi", dan mengikut logik ini, rogol di kalangan manusia ada kemungkinannya merupakan kelakuan yang "semulajadi" juga. Ini adalah satu perkara yang menimbulkan banyak perselisehan.